Kerjaya politik dan NGO Arif_Shah_Omar_Shah

Semasa berada di kampus pengajian , Datuk Arif Shah pernah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Siswa Siswi FIT ( Federal Institute of Technology ). Sebenarnya , minat terhadap politik telah mula membuak di hati sanubari beliau sejak zaman persekolahannya lagi melalui pendedahan ke majlis-majlis politik yang dihadiri oleh bondanya yang dikasihi dan abangnya yang pada satu ketika dahulu merupakan penggiat dan aktivis politik UMNO tanahair.

Dibekalkan dengan semangat serta minat beliau itu , maka beliau telah menjadi ahli UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan dan secara rasminya diterima menjadi ahli UMNO pada 13hb Januari 1989 dengan nombor keahlian 00483844.

Sejak dari tarikh itu, beliau telah bergiat dengan sangat aktif dalam bidang politik dan pernah melalui pelbagai zaman kebangkitan dan kejatuhan politik tanahair. Sepanjang penglibatan dalam bidang politik , beliau telah diberikan amanah untuk memimpin beberapa sayap dan portfolio. Antara jawatan-jawatan politik yang pernah disandang oleh beliau adalah :

  1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
  2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
  3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
  4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
  8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  9. Ketua UMNO Cawangan Sri Kalui ;
  10. Bendahari UMNO Bahagian Permatang Pauh ;
  11. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
  12. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan badan bukan kerajaan ( NGO ) . Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

1.Presiden Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;2.Timbalan Pengerusi PEMADAM Daerah Seberang Perai Tengah;3.Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Seberang Jaya Berhad;4.Penasihat Kelab Bell Belia Tamil Permatang Pauh; dan5.Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.6. Naib Yang Di Pertua ( NYDP)- Persatuan Mencegah Dadah ( PEMADAM ) Kebangsaan7. Pengerusi Biro PPDa & Sahabat PEMADAM Kebangsaan8. Ahli Lembaga Amanah - Yayasan PEMADAM Kebangsaan